ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

TERIMA KASIH

SILA DATANG LAGI.

KURSUS FIBRE OPTIC INSTALLATION & MAINTENANCE




BERITA BAIK !

Ingin Belajar Kemahiran dan Dibiayai Sepenuhnya?
FELCRA Training & Consultancy (FTC) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera akan mengadakan Sesi Temuduga Terbuka bagi program Peneraju Skil Iltizam Fiber Optic Installation & Maintenance.
Kursus Yang Ditawarkan : Fiber Optic Installation & Maintenance
Tempoh Latihan : 9 Bulan
Pengambilan : September & Oktober 2019 (Pengajian dijadualkan bermula pada awal Oktober 2019)
Tempat Latihan: FTC Skills Development Centre, Puchong, Selangor dan Kolej FELCRA, Seberang Perak
Kelebihan Program
- Jaminan Pekerjaan 100%
- Insurans Sepanjang Pengajian
- Penginapan & Makan Minum Disediakan
- Pensijilan Profesional Industri
- Yuran pengajian DIBIAYAAI SEPENUHNYA
Syarat-syarat Kelayakan
- Lelaki
- Berumur 18-23 Tahun
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Boleh Membaca, Menulis, Mengira & Mempunyai Minat
- Sihat Fizikal & Mental
- Bebas Daripada Pengaruh Dadah & Alkohol
Tempat adalah TERHAD. Rebutlah peluang ini!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-41433491 (Ramnah atau tekan sahaja pautan dibawah.)
Sekian, terima kasih.

TAKLIMAT SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL (SPKPN)




11 - 12 September 2019 | Rabu & Khamis
Taklimat Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) Peringkat Daerah Segamat Tahun 2019.
MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah telah diwakili oleh En. Abd Halim bin Hj. Jamil (Setiausaha) & Tn. Hj. Zainudin bin Lebar (Bendahari).
Taklimat hari pertama telah diadakan di Dewan Peladang Segamat Baru, Segamat. Dan taklimat hari kedua pula telah diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam, Segamat, Johor.
Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) merupakan satu sistem pengkalan data mengenai maklumat kampung yang telah dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Oleh yang demikian semua MPKK perlu melengkapkan maklumat kampung dalam Sistem SPKPN.

AKTIVITI MINGGUAN HAL EHWAL WANITA (HELWA)




Aktiviti Mingguan Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kg. Kubu Dedap
Kelas mengaji Al-Quran pada setiap hari Khamis bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.00 petang, diketuai oleh Hjh. Zaharah binti Md Yassin telah diadakan di Balai Serbaguna Kg. Kubu Dedap, Jementah.

Tahniah & syabas kepada Pn. Hajah Aminah binti Osman, Ketua Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Kg. Kubu Dedap, Jementah.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2019


Jawatankuasa MPKK Kg. Sungai Siput mendoakan semoga beroleh kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR bermula esok 04/09/2019 - 11/09/2019 dan mudah-mudahan anak-anak dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR





بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين


YA ALlAH,
Mulai esok 04/09/2019 hingga 11/09/2019 anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR,
Kami mohon kepada Mu Ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.


YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.


YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.


YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.


Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.


YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.


YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.


YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.


امين يا رب العالمين.

PENYERAHAN SATU NASKAH SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL (SPKPN)




Penyerahan 1 naskah "Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional" (SPKPN) Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah daripada Tuan Pengerusi MPKK Kg. Sungai Siput kepada Puan Rohana di Pejabat KEMAS, Segamat.

PROGRAM IBADAH KORBAN DI KG. SUNGAI SIPUT





10 Zulhijjah 1400H
Program ibadah korban di Kg. Sungai Siput, Jementah.
Tahniah kepada Tuan Pengerusi, M.P.K.K Kg. Sungai Siput serta barisan AJKnya, Tuan Pengerusi Masjid Jamek Kg. Sungai Siput serta barisan AJKnya serta penduduk kampung dan taman yang berdekatan yang telah bergotong-royong menyempurnakan ibadah korban ini daripada awal sehingga selesai.
Kredit gambar : Cikgu Norliah binti Hj. Ibrahim

PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARIRAYA KURNIAAN D.Y.A.M TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wakil Pegawai Daerah Segamat, En. Mohamad Ruzaili bin Azmi dan Cik Hamizah binti Abu Bakar telah diiringi oleh Tok Penghulu Mukim Jementah dan Ketua Kg. Sungai Siput untuk menyampaikan sumbangan daripada kurniaan sempena hariraya daripada D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor.
















Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More