PENGERUSI


Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersua di alam maya ini.

Dengan penuh rasa kesyukuran saya memanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web kampung kita ini dapat di bina.


Tujuan utama laman web ini di bina adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang sedang ataupun akan dijalankan di kampung kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mendokumenkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua pihak adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk berkongsi info tentang kampung kita ini demi untuk kebaikkan bersama serta dapat menyalurkan maklumat secara online sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Buat masa ini pihak kami sedaya upaya untuk memperbaikinya lagi laman web ini dari masa ke semasa dan segala cadangan amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan laman web ini, sila hubungi kami melalui e-mel : mpkksgsiput@gmail.com


Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Hj. Salehin bin Hj. Ahmad
Ketua Kampung
Merangkap 
Pengerusi MPKK Sg. Siput
Mukim Jementah.

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More