TAKLIMAT SISTEM PROFIL KAMPUNG PERINGKAT NASIONAL (SPKPN)




11 - 12 September 2019 | Rabu & Khamis
Taklimat Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) Peringkat Daerah Segamat Tahun 2019.
MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah telah diwakili oleh En. Abd Halim bin Hj. Jamil (Setiausaha) & Tn. Hj. Zainudin bin Lebar (Bendahari).
Taklimat hari pertama telah diadakan di Dewan Peladang Segamat Baru, Segamat. Dan taklimat hari kedua pula telah diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam, Segamat, Johor.
Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) merupakan satu sistem pengkalan data mengenai maklumat kampung yang telah dibangunkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Oleh yang demikian semua MPKK perlu melengkapkan maklumat kampung dalam Sistem SPKPN.

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More