FUNGSI JAWATANKUASA @ BIRO

INSTITUT KEMAJUAN DESA (INFRA)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


FUNGSI UTAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom-up approach ke arah mewujudkan kampung yang maju dan sejahtera.


FUNGSI DAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA @ BIRO
MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK) KG. SUNGAI SIPUT, JEMENTAH

BIRO : PEMBANGUNAN PRASARANA
PENGERUSI BIRO : EN. SADIRAN BIN TUKIMAN
1. Menyelaras dan bertanggungjawab memastikan PTKK berkaitan pembangunan prasana dilaksana mengikut perancangan dan jadual serta mengikut keutamaan

2. Memantau program / aktiviti pembangunan/ pembaikan dan pemuliharaan yang dirancang oleh Kerajaan dan MPKK berjalan lancar

3. Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk tujuan penambahbaikan

4. Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaani Swasta/ NGO pelbagai pihak bagi tujuan pembangunan berterusan


BIRO : EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
PENGERUSI BIRO : PN. ANIPAH BINTI HJ. MOHD HUSSIN
1. Menggerakkan program/ aktiviti ekonomi melalui kerjasama / bantuan Kerajaan / swasta kepada penduduk kampung

2. Menggerakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti ekonomi berdasarkan potensi dan sumber yang dikenalpasti

3. Mengenalpasti sumber-sumber sedia ada yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada kampung mengikut keutamaan dan menyediakan kertas cadangan serta laporan pelaksanaan

4. Mengadakan aktiviti ekonomi seperti ekspo, pameran atau karnival seperti pasar malam, jualan langsung, sewaan dan sebagainya

BIRO : KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN
PENGERUSI BIRO : EN. ISMAIL BIN SATHIMAN
1. Menggalakkan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam

2. Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat dan tolong-menolong di kalangan masyarakat

3. Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan berkaitan pemuliharaan alam sekitar

4. Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan ceria dan menarik


BIRO : BELIA, SUKAN DAN NGO
PENGERUSI BIRO : EN. DAUD BIN ABD RAHMAN
1. Merancang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia

2. Merancang dan melaksana program berkaitan kesukanan dan belia serta aktiviti bersama pertubuhan NGO

3. Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk keperluan masyarakat kampung

4. Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan bagi melahirkan generasi yang sihat


BIRO : KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PENGERUSI BIRO : EN. MOHAMAD BIN HJ. BAWK
1. Memastikan keselamatan kampung daripada segala bentuk ancaman termasuk kemalangan, bencana, penyakit, aktiviti jenayah dan sebagainya

2. Menyediakan pelan keselamatan seperti pelantikan petugas, nombor talian kecemasan tapak berkumput ketika kecemasan dan sebagainya

3. Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dalam kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit

4. Menyedia dan menyelenggara infrastruktur / kemudahan peralatan keselamatan


BIRO : PENGURUSAN KEWANGAN
PENGERUSI BIRO: HJ. ZAINUDIN BIN LEBAR
1. Menjalankan tugas sebagai Bendahari untuk merancang, mengurus, melaksana, mengawal dan memantau aktiviti pengurusan sumber kewangan (hasil dan perbelanjaan)

2. Menyediakan rekod kewangan bagi segala urusan kewangan MPKK (hasil dan perbelanjaan)

3. Menyediakan penyata kewangan bulanan dan laporan kewangan MPKK

4. Mengagihkan Elaun Kehadiran Mesyuarat yang disalurkan ke akaun MPKK kepada Ahli Jawatankuasa yang hadir mesyuarat


BIRO : PENDIDIKAN DAN INOVASI
PENGERUSI BIRO : EN. ADNAN BIN JABI
1. Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan di kalangan penduduk kampung berasaskan keperluan penduduk

2. Mendapatkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan kemahiran dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan kepada penduduk kampung

3. Menganjurkan karnival pendidikan dan kerjaya di peringkat kampung yang melibatkan komuniti setempat dan sekitar

4. Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar kampung yang cemerlang


BIRO : PEMANTAPAN SPIRITUAL
PENGERUSI BIRO : HJH. SUKINAH BINTI AMAT AGONG
1. Memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat berbilang kaum

2. Mengadakan program-program pada bulan kebesaran Islam misalnya pada bulan Ramadhan (tadarus, berbuka puasa, tazkirah, khatam Al-Quran dsb)

3. Mengadakan program atau majlis-majlis ilmu secara berkala

4. Mengadakan bengkel atau kursus atau kelas-kelas tambahan pengajian agama (kelas Tahsin al-Quran, kelas tajwid, kelas solat dsb)


BIRO : KEBAJIKAN DAN KESUKARELAWAN
PENGERUSI BIRO : PN. LIZA BINTI YEM
1. Mengenal pasti jenis-jenis bantuan untuk membantu penduduk kampung yang dhaif untuk membuat permohonan

2. Merancang program-program berbentuk kebajikan seperti tabung khairat kematian, pungutan derma dan ziarah

3. Mengenalpasti dan membela penduduk yang dhaif, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur

4. Menganjurkan aktiviti kesukarelawan dalam membantu masyarakat kampung

BIRO : INFOSTRUKTUR DAN KOMUNIKASI
PENGERUSI BIRO : EN. ROSLAN BIN DARMUJI
1. Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada masyarakat kampung terutama golongan belia

2. Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara atas talian

3. Mempromosi kampung melalui laman sesawang media sosial

4. Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa


BIRO : HAL EHWAL WANITA DAN KELUARGA
PENGERUSI BIRO : HJH. AMINAH BINTI OSMAN
1. Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan permuafakatan di kalangan wanita di kampung

2. Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung terjaga terutama golongan ibu tunggal

3. Menyenaraikan senarai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dan badan bukan Kerajaan seterusnya membantu menyelaras permohonan bagi golongan wanita dan keluarga yang memerlukan

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More