AKTIVITI BIRO INFOSTRUKTUR & KOMUNIKASI

01/04/2019

KURSUS MICROSOFT OFFICE 2013

Kursus ini adalah siri yang ke 4/2019 telah diadakan di Kelas Pendidikan Literasi Komputer, Pusat Kegiatan Masyarakat, KM 2 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor. 

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Bayaran bagi 6 sessi adalah RM30.00 sahaja. Kursus ini juga telah dihadiri oleh Tuan Setiausaha & Tuan Bendahari daripada MPKK Kg. Sg. Siput.

Tarikh-tarikh kursus adalah seperti yang berikut :-

Minggu 1
01/04/2019 (Isnin)
02/04/2019 (Selasa)
03/04/2019 (Rabu)
Minggu 2
08/04/2019 (Isnin)
09/04/2019 (Selasa)
10/04/2019 (Rabu)

Kursus ini adalah sebahagian daripada aktiviti Biro Infostruktur & Komunikasi MPKK Kg. Sg. Siput iaitu :-

1. Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada masyarakat kampung terutama golongan belia

2. Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara atas talian

3. Mempromosi kampung melalui laman sesawang media sosial

4. Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa

Terima kasih,  syabas dan tahniah kepada mereka berdua kerana telah sudi menghadiri kursus tersebut.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan kampung kita. InsyaAllah

Daripada kami :-

Biro Infostruktur Dan Komunikasi.
MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah.












01 MARCH 2019

LOGO RASMI 


Setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada admin En. Mohd Hafiz bin Sadiran, AJK Kecil Biro Infostruktur & Komunikasi kerana telah membina logo rasmi untuk kegunaan MPKK Kg. Sg. Siput, Jementah.






11 March 2019

KOD QR (QUICK REFERENCE)
Penggunaan aplikasi Kod QR (Quick Response) adalah suatu inisiatif daripada Pengerusi Biro Infostruktur & Komunikasi, MPKK Kg. Sg. Siput sebagai platform digital untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat secara lebih cepat dan pantas. 

Hanya imbas sahaja Kod QR tersebut dengan menggunakan telefon bimbit anda dan dalam beberapa saat sahaja akan muncul halaman tersebut. 

Selamat mencuba ðŸ˜Š

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More