AKTIVITI BIRO BELIA, SUKAN & NGO

23 Mac 2019

Persembahan “Seni Silat Gerak Harimau” di Kg. Parit Yusuf, Seri Menanti, Batu Pahat, Johor.

Tahniah kepada En. Mohd Faizul bin Maslan, ketua silat merangkap AJK Kecil Biro Belia, Sukan & NGO MPKK Kg. Sungai Siput.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi MPKK Kg. Sungai Siput yang telah meluluskan permohonan untuk menyewa van untuk membawa murid-murid silat ke Kg. Parit Yusof, Seri Menanti, Batu Pahat, Johor.

Terima kasih juga kepada Tuan Setiausaha dan Tuan Bendahari MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah.








*********************************************************************************

18 FEBRUARI 2019

PROGRAM SANTAI MESRA 

Suatu program santai mesra bersama anak-anak muda kampung telah diadakan di gelanggang silat Kampung Kubu Dedap, Jementah. Program tersebut adalah anjuran Biro Belia, Sukan & NGO yang dipengerusikan oleh En. Daud bin Abd Rahman. Turut hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Kampung Merangkap Pengerusi MPKK Kg. Sg. Siput iaitu Tuan Hj. Salehin bin Hj. Ahmad serta Ahli Jawatankuasa Induk MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah. 

Beberapa agenda telah dibincangkan pada malam tersebut iaitu mengenai aktiviti kumpulan kompang dan juga aktiviti "Seni Silat Gerak Harimau". Kedua-dua aktiviti tersebut telah diketuai oleh En. Mohd Faizul bin Maslan yang juga AJK Kecil Biro Belia, Sukan & NGO MPKK Kg. Sungai Siput. 

Seni Silat Gerak Harimau ini telah mula di wujudkan semenjak dari tahun 2010 sehinggalah ke hari ini. Dan seramai 80 orang anak-anak muda kampung telah mempelajari seni silat ini sehinggalah tamat latihan.

Di dalam sessi ramah santai tersebut turut membincangkan tentang beberapa perkara iaitu :-

i- Peruntukan peralatan untuk kegunaan kumpulan "Seni Silat Gerak Harimau" seperti balai untuk latihan silat, t-shirt untuk latihan silat, 1 set gendang silat iaitu Gendang Anak, Gendang Ibu, Kenung, Saron dan Gong.
ii- Peruntukan peralatan untuk kumpulan kompang dan jidur. 
iii - Sewa van untuk membawa pesilat seramai 15 orang dan peralatan seperti kompang, gendang dan jidur untuk mengadakan persembahan majlis perkahwinan di Seri Medan, Batu Pahat, Johor pada hari sabtu 23/03/2019.
iv- Aktiviti berbasikal.

Tahniah dan syabas kepada anak-anak muda Kg. Kubu Dedap,  Jementah.








LATIHAN SENI SILAT GERAK HARIMAU

Pada malam itu juga, kumpulan Seni Silat Gerak Harimau ada membuat latihan sebagai persiapan di majlis perkahwinan yang akan diadakan pada 02/03/2019 di Kg. Kubu Dedap, Jementah. 



Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More