ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

TERIMA KASIH

SILA DATANG LAGI.

ADMIN


Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersua di alam maya ini.

Dengan penuh rasa kesyukuran saya memanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web kampung kita ini dapat di bina.


Tujuan utama laman web ini di bina adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang sedang ataupun akan dijalankan di kampung kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mendokumenkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua pihak adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk berkongsi info tentang kampung kita ini demi untuk kebaikkan bersama serta dapat menyalurkan maklumat secara online sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Buat masa ini pihak kami sedaya upaya untuk memperbaikinya lagi laman web ini dari masa ke semasa dan segala cadangan amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan laman web ini, sila hubungi kami melalui e-mel :mpkksgsiput@gmail.com


Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Admin
Merangkap AJK Infostruktur & Komunikasi 
MPKK Kg. Sungai Siput
Jementah.

CUTI UMRAH




Pada hari ini 09/12/2018 (Ahad) Ketua kampung Sg. Siput iaitu Tn. Hj. Salehin bin. Hj. Ahmad & isteri akan menunaikan ibadah umrah.
Beliau juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlanjur kata pada tuan/puan semua.
Sama2 kita doakan semoga beliau dan keluarga beroleh kesihatan yang baik ketika di sana nanti serta selamat pergi dan selamat kembali .
Pesanan daripada Tok Ketua, sekiranya tuan/puan hendak buat pengesahan, sila berjumpa dengan Tok Mohd. Toff (Ketua Kg. Permatang Panjang) ataupun Tok Misnan (Ketua Kg. Lubok Bandan)
InsyaAllah Tok Ketua kita akan pulang ke tanahair pada penghujung bulan ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.



Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More