ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

TERIMA KASIH

SILA DATANG LAGI.

BANCIAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa M.P.K.K Sg. Siput Bil. 1/2019 yang telah diadakan pada 27/01/2019 di Balai Serbaguna Kg. Kubu Dedap, suatu bancian perlu dijalankan di Kg. Kubu Dedap, Kg. Sg. Siput, Kg. Gelugor dan Taman Dedap Taman Dedap juga adalah terletak di dalam kawasan kampung

Tujuan bancian adalah seperti berikut :-

1. Untuk mengenal pasti jumlah rumah
2.  Penghuni isi rumah
3.  Pendapatan kasar isi rumah
4. Jumlah terkini penduduk kampung & Taman Dedap
5. Jumlah OKU (jika ada)
6. Jumlah penerima zakat (jika ada)

Untuk makluman juga, bancian ini bukanlah daripada pihak kerajaan tetapi hanyalah untuk statistik pihak kami sahaja.

Bancian kali terakhir adalah pada tahun 2010. Oleh itu bagi mengetahui lebih lengkap maklumat terkini, suatu bancian perlu dibuat dan jika ada dikalangan kita ada keluarga yang tidak berkemampuan akan didaftarkan dalam Sistem E-Kasih (kepada yang layak sahaja)

Tuan/puan juga tidak perlu risau sebab semua maklumat adalah SULIT dan hanya utk simpanan pihak kami sahaja.

Tarikh : 31/01/2019 - 06/02/2019
Masa : 10.00 pagi - 6.30 petang (mengikut kelapangan tuan/puan)

Petugas kami adalah secara sukarela demi untuk kebaikkan di kampung-kampung ini dan juga Taman Dedap di masa akan datang.

Wassalam.

Sekian, terima kasih.

Hj. Salehin b. Hj. Ahmad
Ketua Kampung
Merangkap M.P.K.K. Kg. Sg. Siput, Jementah
H/P : 013-7007020

TINTA PENGERUSI


Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapatlah kita bersua di alam maya ini.

Dengan penuh rasa kesyukuran saya memanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web kampung kita ini dapat di bina.


Tujuan utama laman web ini di bina adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang sedang ataupun akan dijalankan di kampung kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mendokumenkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua pihak adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk berkongsi info tentang kampung kita ini demi untuk kebaikkan bersama serta dapat menyalurkan maklumat secara online sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Buat masa ini pihak kami sedaya upaya untuk memperbaikinya lagi laman web ini dari masa ke semasa dan segala cadangan amatlah dialu-alukan untuk penambahbaikan laman web ini, sila hubungi kami melalui e-mel : mpkksgsiput@gmail.com


Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Hj. Salehin bin Hj. Ahmad
Ketua Kampung
Merangkap 
Pengerusi MPKK Sg. Siput
Mukim Jementah.

TAHUN BAHARU 2019



Syukur Alhamdulillah...

Mulai hari ini 01/01/2019 (Selasa) Tok Ketua kita iaitu Tuan Hj. Salehin bin Hj. Ahmad telah menyambung semula tugas beliau sebagai ketua kampung setelah bercuti untuk menunaikan ibadah umrah.

Sama-sama kita doakan semoga Tok Ketua kita terus diberikan kesihatan yang berpanjangan agar dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Semoga di tahun baru ini kita semua beroleh kesihatan dan dilimpahkan rezeki yang baik.

InsyaAllah.

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More