BANCIAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa M.P.K.K Sg. Siput Bil. 1/2019 yang telah diadakan pada 27/01/2019 di Balai Serbaguna Kg. Kubu Dedap, suatu bancian perlu dijalankan di Kg. Kubu Dedap, Kg. Sg. Siput, Kg. Gelugor dan Taman Dedap Taman Dedap juga adalah terletak di dalam kawasan kampung

Tujuan bancian adalah seperti berikut :-

1. Untuk mengenal pasti jumlah rumah
2.  Penghuni isi rumah
3.  Pendapatan kasar isi rumah
4. Jumlah terkini penduduk kampung & Taman Dedap
5. Jumlah OKU (jika ada)
6. Jumlah penerima zakat (jika ada)

Untuk makluman juga, bancian ini bukanlah daripada pihak kerajaan tetapi hanyalah untuk statistik pihak kami sahaja.

Bancian kali terakhir adalah pada tahun 2010. Oleh itu bagi mengetahui lebih lengkap maklumat terkini, suatu bancian perlu dibuat dan jika ada dikalangan kita ada keluarga yang tidak berkemampuan akan didaftarkan dalam Sistem E-Kasih (kepada yang layak sahaja)

Tuan/puan juga tidak perlu risau sebab semua maklumat adalah SULIT dan hanya utk simpanan pihak kami sahaja.

Tarikh : 31/01/2019 - 06/02/2019
Masa : 10.00 pagi - 6.30 petang (mengikut kelapangan tuan/puan)

Petugas kami adalah secara sukarela demi untuk kebaikkan di kampung-kampung ini dan juga Taman Dedap di masa akan datang.

Wassalam.

Sekian, terima kasih.

Hj. Salehin b. Hj. Ahmad
Ketua Kampung
Merangkap M.P.K.K. Kg. Sg. Siput, Jementah
H/P : 013-7007020

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More