ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Datang Ke Laman Web MPKK Kg. Sungai Siput, Mukim Jementah. Semoga Anda Semua Ceria Selalu.

TERIMA KASIH

SILA DATANG LAGI.

PENYERAHAN BORANG BANTUAN XIFU-ECOSHOP

Tuan Setiausaha MPKK Kg. Sungai Siput telah menyerahkan Borang Bantuan XIFU yang telah siap diisi oleh penduduk kepada wakil Ecoshop Jementah.


PENYERAHAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT

YB Dato' Seri Dr. Santhara (Ahli Parlimen Segamat) menyerahkan bantuan kepada mangsa-mangsa kejadian ribut di Batu 13, Jln. Muar, Jementah di rumah Cikgu Rohayu binti Idris.

Kejadian ribut tersebut telah melanda lebih kurang jam 4.00 petang, di Kg. Gelugor dan Batu 13 Jalan Muar yang mengakibatkan kerosakan warung, bengkel, pondok bas serta beberapa rumah kediaman penduduk pada petang 20 April 2019.









SEMBANG SANTAI BERSAMA YB HJ. SHEIKH OMAR

Majlis Perjumpaan Sembang Santai Bersama YB. Haji Sheikh Omar Bagharib bin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Ekonomi Negeri Johor di Gemereh, Segamat, Johor.
Program tersebut turut dihadiri oleh Penghulu, Ahli Majlis Perbandaran Segamat, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Dan Usahawan Tempatan.






PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH

18 - 20 April 2019

Program Jalinan Muhibbah antara MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah bersama dengan 9 orang pelajar daripada Kolej Cosmopoint, Johor Bahru ke Kg. Kubu Dedap & Kg. Sungai Siput, Jementah.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah kerana program tersebut telah dapat berjalan dengan lancar daripada awal sehinggalah akhir program. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tok Penghulu Mukim Jementah, Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa MPKK Kg. Sungai Siput (AJK Induk & AJK Kecil) yang telah berganding bahu serta berpadu tenaga demi menjayakan program tersebut.

Maklumat lanjut sila klik https://www.facebook.com/mpkksgsiput/







KURSUS ICT

KURSUS KOMPUTER 
MICROSOFT OFFICE 2013
MS WORD 
EXCEL
POWERPOINT

Kursus ini adalah siri yang ke 4/2019 telah diadakan di Kelas Pendidikan Literasi Komputer, Pusat Kegiatan Masyarakat, KM 2 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor. 

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Bayaran bagi 6 sessi adalah RM30.00 sahaja. Kursus ini juga telah dihadiri oleh Tuan Setiausaha & Tuan Bendahari daripada MPKK Kg. Sg. Siput.

Tarikh-tarikh kursus adalah seperti yang berikut :-

Minggu 1
01/04/2019 (Isnin)
02/04/2019 (Selasa)
03/04/2019 (Rabu)
Minggu 2
08/04/2019 (Isnin)
09/04/2019 (Selasa)
10/04/2019 (Rabu)

Kursus ini adalah sebahagian daripada aktiviti Biro Infostruktur & Komunikasi MPKK Kg. Sg. Siput iaitu :-

1. Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada masyarakat kampung terutama golongan belia

2. Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara atas talian

3. Mempromosi kampung melalui laman sesawang media sosial

4. Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa

Terima kasih,  syabas dan tahniah kepada mereka berdua kerana telah sudi menghadiri kursus tersebut.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan kampung kita. InsyaAllah

Daripada kami :-

Biro Infostruktur Dan Komunikasi.
MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah.













Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More