KURSUS ICT

KURSUS KOMPUTER 
MICROSOFT OFFICE 2013
MS WORD 
EXCEL
POWERPOINT

Kursus ini adalah siri yang ke 4/2019 telah diadakan di Kelas Pendidikan Literasi Komputer, Pusat Kegiatan Masyarakat, KM 2 Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor. 

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Bayaran bagi 6 sessi adalah RM30.00 sahaja. Kursus ini juga telah dihadiri oleh Tuan Setiausaha & Tuan Bendahari daripada MPKK Kg. Sg. Siput.

Tarikh-tarikh kursus adalah seperti yang berikut :-

Minggu 1
01/04/2019 (Isnin)
02/04/2019 (Selasa)
03/04/2019 (Rabu)
Minggu 2
08/04/2019 (Isnin)
09/04/2019 (Selasa)
10/04/2019 (Rabu)

Kursus ini adalah sebahagian daripada aktiviti Biro Infostruktur & Komunikasi MPKK Kg. Sg. Siput iaitu :-

1. Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada masyarakat kampung terutama golongan belia

2. Membantu menyelaras penyediaan minit mesyuarat secara atas talian

3. Mempromosi kampung melalui laman sesawang media sosial

4. Menyebarluaskan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan oleh biro-biro jawatankuasa

Terima kasih,  syabas dan tahniah kepada mereka berdua kerana telah sudi menghadiri kursus tersebut.

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kebaikkan kampung kita. InsyaAllah

Daripada kami :-

Biro Infostruktur Dan Komunikasi.
MPKK Kg. Sungai Siput, Jementah.













Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More