JOM BALIK KAMPUNG




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut beberapa hari sahaja lagi.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar lagi hendak pulang ke kampung bertemu keluarga tersayang. Namun dalam keghairahan hendak pulang ke kampung, jangan sesekali abaikan langkah-langkah keselamatan.
Sila pastikan semua peralatan elektrik di "off"kan dan pastikan ianya diperiksa sekali lagi satu persatu sebelum anda berangkat pulang ke kampung halaman.
Langkah-langkah keselamatan perlulah diberi perhatian dan tindakan oleh kita semua bagi memastikan keselamatan kenderaan yang kita naiki di dalam keadaan selamat dan rumah kita juga tidak terdedah kepada ancaman kebakaran atau risiko-risiko yang lain.
Pesanan ini di bawakan kepada anda oleh :-
AJK Biro Infostruktur & Komunikasi
MPKK Kg. Sungai Siput
Jementah.

Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More